INFO PPD MERSING

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Islam

Sunday, February 20, 2011

Al-Ghazali: Adab Seorang Guru



Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:

1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2- Lambat marah.

3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.

6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.

7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8- Membimbing murid yang bebal.

9- Tidak memarahi murid yang bodoh.

10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).

11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.

16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.

17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

Lihat: Al-Ghazali, Abu Hamid (505H), Bidayatul Hidayah (diterjemahkan oleh: Ahmad Fahmi Zamzam), m/s 155-157, Kedah: Al-Khazanah Al-Banjariyah (edisi Jawi, Oktober 1993).

Dipetik daripada :
http://mendidik.blogspot.com/2008/06/al-ghazali-adab-seorang-guru.html

Monday, February 14, 2011

MUAT TURUN SURAH LAZIM DAN TERJEMAHAN

Track 1 Faatihah (Pembukaan)
Track 2 Adh Dhuhaa (Waktu matahari sepenanggalahan naik)
Track 3 Alam Nasyrah (Melapangkan)
Track 4 At Tiin (Buah tin)
Track 5 Al ‘Alaq (Segumpal Darah)
Track 6 Al Qadr (Kemuliaan)
Track 7 Al Bayyinah (Bukti)
Track 8 Al Zalzalah (Kegoncangan)
Track 9 Al Aadijaat(Kuda perang yang berlari kencang)
Track 10 Al Qaariah (Hari Kiamat)
Track 11 At Takaatsur(Bermegah-megahan)
Track 12 Al Ashr (Masa)
Track 13 Al Humazah(Pengumpat)
Track 14 Al Fiil (Gajah)
Track 15 Al Quraisy (Suku Kurais)
Track 16 Al Maa’un (Barang-barang yang berguna)
Track 17 Al Kautsar (Nikmat yang banyak)
Track 18 Al Kaafiruun(Orang-orang kafir)
Track 19 An Nashr (Pertolongan)
Track 20 Al Lahab (Gejolak api)
Track 21 Al Ikhlash (Memurnikan keesaan tuhan)
Track 22 Al Falaq (Waktu subuh)
Track 23 An Naas (Manusia)

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL TAHUN 1432 H




Siapa Rasulullah ?
Pesuruh Allah
Nabi Muhammad S.A.W.
Mula dilantik menjadi Rasul pada Tahun 610 Masihi (ketika usia baginda 40 tahun) dengan penurunan wahyu yang pertama di Gua Hira’ melalui Malaikat Jibril.
Merupakan seorang“anak yatim piatu” tetpi akhirnya menjadi pemimpin kepada semua umat Islam.
Antara 25 Rasul yang wajib diketahui dan merupakan Rasul yang terakhir.

Biodata NABI MUHAMMAD S.A.W:-

Nama:Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Ab rahah yang menyerang kota Kaabah).

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. (Wafat ketika Nabi S.A.W. 2 bulan dalam kandungan ibunya).

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. (Wafat ketika Nabi S.A.W. berusia 6 tahun).

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).


Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).


Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.
1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.

2) Ditulis sepuluh kebajikan.

3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.

4) Diangkat sepuluh darjat.

5) Memperolehi kesempurnaan iman.

6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.

7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.

8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.

10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.

11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.

12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.

15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala
sedekah)

16) Terhindar dari kefakiran.

17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.

19) Terhindar dari orang-orang bakhil.

20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.

21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.

22) Menjadi zakat dan pembersih diri.

23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.

24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.

26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.

27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.

28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.

29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.

30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

"Marilah kita berselawat ke atas nabi, junjungan mulia!" 


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday, February 11, 2011

صلاة سنة ضحى

SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan
Menjelaskan kelebihan mereka yang mengamalkan solat ini, kata Nidzamuddin, setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.
Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.
Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.
Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,” kata Nidzamuddin.
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Persoalan yang sering timbul berkaitan solat ini adalah dari segi keutamaannya kerana ia berada dalam waktu bekerja. Akui Nidzamuddin, kedua-dua perkara tersebut memang ada kedudukan dan kepentingannya masing-masing. Pokoknya cara seseorang itu mengendalikannya mestilah seimbang dan saksama antara tanggungjawab duniawi dan tuntutan ukhrawi.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka.” (Riwayat Muslim).
Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.
Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.